Seorang anggota dari sepaasukan Letupan Nuklear, Biologi, Radiologi dan Kimia (CBRNe) Makmal Forensik PDRM, Team AZMAT dan CBRNe Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) memulakan operasi mengesan bahan toksik dan kimia di sekitar kawasan kematian Kim Jong-Nam yang mati dibunuh pada 13 februari lalu di KLIA2, Sepang. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2017.

SEOUL – Adakah pembunuhan Kim Jong-nam gagal atau sebenarnya Korea Utara mahu menunjukkan stok penimbal senjata kimia yang diharamkan?

Penggunaan bahan toksik, agen peperangan VX untuk membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara menimbulkan persoalan motif sebenar Pyongyang dalam kes pembunuhan paling pelik yang pernah berlaku di dunia.

Ada yang mengatakan Korea Utara menggunakan senjata itu untuk membunuh seorang lelaki di lapangan terbang antarabangsa yang sibuk bertujuan untuk menunjukkan kepada dunia apa yang boleh dilakukan dengan senjata tersebut.

Dengan cara itu, ia melupakan kebimbangan dunia tentang teknologi peluru berpandu milik negara tersebut.

Agen VX telah diklasifikasikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai pemusnah besar-besaran.

Tetapi pakar-pakar lain percaya, tidak mungkin Korea Utara mahu mendedahkan agen VX.

Tidak ada alasan untuk Pyongyang mengambil risiko itu apabila ia sudah berada di bawah sekatan antarabangsa berhubung program nuklearnya.

Ia juga ragu-ragu secara tiba-tiba negara itu sanggup mempamerkan senjata kimia apabila selama ini tidak pernah mengakui kewujudan bahan terlarang itu, kata pakar.

Bagi Pyongyang, membunuh Kim Jong Nam, yang dilihat sebagai ancaman kepada pemimpin Kim Jong Un, akan menjadi keutamaan yang jelas, menjadikan perkara-perkara lain sebagai pilihan kedua kata Koh Yu-hwan, seorang pakar Korea Utara di Universiti Dongguk di Seoul .

“Mereka mungkin mengambil bahan kimia yang dahsyat itu pada tempat perlupusan kerana tidak mahu gagal dalam pembunuhan Kim Jong Nam.

“Kesan sampingan menggunakan VX di lapangan terbang antarabangsa boleh berubah menjadi penting bagi negara ini, tetapi saya ragu-ragu bahawa Korea Utara telah teliti memikirkannya, ” kata Koh.

Korea Utara telah menafikan penglibatan dalam serangan terhadap Jong-nam pada 13 Februari lalu dan enggan mengesahkan kematian Jong-nam.

Sebaliknya menyatakan kematian warga negaranya itu disebabkan serangan jantung.

Tentera Korea Selatan percaya Korea Utara mempunyai salah satu daripada stok simpanan terbesar senjata kimia di dunia sehingga 5,000 tan termasuk sarin, mustard, Tabun dan hidrogen sianida, sebagai tambahan kepada agen saraf jenis V.

Jika Korea Utara menggunakan VX untuk membunuh Jong-nam, ia akan menunjukkan tahap baru kecanggihan dalam menangani senjata kimia.

Korea Utara mungkin telah menjalankan banyak ujian sebelum mendapat jumlah VX yang tepat untuk membunuh Jong-nam tanpa merosakkan penyerang atau sesiapa sahaja yang berdekatan di salah satu lapangan terbang paling sibuk di dunia.

Walaupun beberapa penganalisis Barat telah berhujah melalui media bahawa Korea Utara mungkin telah menggunakan pembunuhan Jong-nam untuk menarik perhatian kepada senjata kimia, kebanyakan pakar Korea Selatan masih ragu.

Korea Utara, yang menentang penggunaan senjata nuklear kini mempunyai peluang untuk menonjolkan penggunaan senjata kimia – akan membawa kepada langkah-langkah punitif yang lebih berat dan memberi tekanan kepada Amerika Syarikat untuk menyenaraikan semula negara tersebut sebagai penaja keganasan, kata penganalisis.

“Korea Utara sudah di bawah tekanan besar ke atas usaha-usaha untuk membangunkan senjata nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua dan juga isu-isu hak asasi manusia itu.

“Perkara akan menjadi lebih rumit untuk Pyongyang jika isu-isu senjata kimia dibangkitkan,” kata Chang Yong Seok, seorang penganalisis di Institut Universiti Nasional Seoul untuk Keamanan dan Penyatuan Pengajian.

Atau, penggunaannya VX itu tidak dapat dikesan kerana hanya sejumlah kecil diperlukan untuk membunuh Jong-nam, kata pakar.

Mungkin juga penggunaan VX adalah pilihan yang logik untuk Korea Utara kerana ia bergantung kepada dua wanita yang dilatih untuk melakukan pembunuhan itu.

Korea Utara agak keberatan untuk terlibat secara langsung kerana tidak mempunyai rancangan untuk mengakui penglibatannya.

Bahan kimia yang kurang berkuasa, termasuk memerlukan peranti suntikan atau peralatan lain, akan meningkatkan kemungkinan wanita-wanita berkenaan gagal untuk membunuh Jong-nam atau memerlukan dos lebih besar – mungkin meletakkan lebih banyak nyawa dalam bahaya.

Ia masih tidak jelas bagaimana kedua-dua wanita mengendalikan VX tanpa mencemarkan diri mereka dan orang lain, termasuk pelancong dan pekerja perubatan yang mengendalikan Jong-nam.

Beberapa penganalisis mengatakan Korea Utara mungkin menghasilkan agen binari VX, yang mana dua bahan kimia bertukar menjadi agen saraf apabila dicampur bersama-sama.

Tetapi seorang penyelidik ketenteraan Korea Selatan, yang tidak mahu namanya disiarkan mempunyai keraguan mengenai perkara itu.

Katanya, walaupun ia boleh dibuat sebagai agen binari, VX tidak mensintesis dengan mudah.

Jadi mengelap muka seseorang secara berasingan dengan dua bahan komponen kimia mungkin tidak menjadi satu cara untuk membunuh, kata penyelidik. – MalaysiaGazette