Sepaasukan Letupan Nuklear, Biologi, Radiologi dan Kimia (CBRNe) Makmal Forensik PDRM, Team AZMAT dan CBRNe Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) memulakan operasi mengesan bahan toksik dan kimia di sekitar kawasan kematian Kim Jong-Nam yang mati dibunuh pada 13 februari lalu di KLIA2, Sepang. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2017.

SEPANG – Polis mengisytiharkan klia2 sebagai zon selamat dan disahkan bebas daripada sebarang ancaman dan pencemaran bahan kimia toksik.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Polis, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, hasil operasi bersepadu oleh pasukan forensik polis mendapati, tiada sebarang pencemaran bahan toksik atau bahan kimia berbahaya lain dikesan di klia2.

“Kami menjalankan operasi bersepadu mengesan toksik bermula 1.45 pagi dan berakhir pukul 3 pagi.

Sepaasukan Letupan Nuklear, Biologi, Radiologi dan Kimia (CBRNe) Makmal Forensik PDRM, Team AZMAT dan CBRNe Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) memulakan operasi mengesan bahan toksik dan kimia di sekitar kawasan kematian Kim Jong-Nam yang mati dibunuh pada 13 februari lalu di KLIA2, Sepang. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2017.

Dua anggota forensik sedang melakukan pengesanan dan pemeriksaan bahan toksik terlarang di klia2 awal pagi ini.

“Operasi pemeriksaan, pengimbasan dan pengesanan bahan kimia dijalankan susulan penemuan bahan kimia agen saraf VX pada badan lelaki warga Korea Utara,  Kim Jong-nam.

“Dan tiada bahan kimia atau radiasi dikesan tadi,” katanya pada sidang media di klia2 tadi.

Turut hadir wakil Forensik PDRM, Senior Asistant Komisioner, Mohamad Abdul Aziz, Asmadi Hassan (LPAN) dan wakil bomba, Datuk Zulkarnain Abu Kassim.

Ditanya mengenai operasi pemeriksaan itu dilakukan selepas 12 hari kejadian berlaku, Abdul Samah berkata, ia dilaksanakan selepas polis menerima keputusan penemuan bahan kimia terlarang yang menyebabkan kematian Jong Nam pada Jumaat lalu.

“Susulan pengesahan dari Jabatan Kimia, polis berpendapat perlunya pemeriksaan bersepadu ini di klia2 untuk memastikan lapangan terbang ini bebas dari pencemaran bahan larangan itu.

Sepaasukan Letupan Nuklear, Biologi, Radiologi dan Kimia (CBRNe) Makmal Forensik PDRM, Team AZMAT dan CBRNe Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) memulakan operasi mengesan bahan toksik dan kimia di sekitar kawasan kematian Kim Jong-Nam yang mati dibunuh pada 13 februari lalu di KLIA2, Sepang. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2017.
Sepaasukan Letupan Nuklear, Biologi, Radiologi dan Kimia (CBRNe) Makmal Forensik PDRM, Team AZMAT dan CBRNe Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) memulakan operasi mengesan bahan toksik dan kimia di sekitar kawasan kematian Kim Jong-Nam yang mati dibunuh pada 13 februari lalu di KLIA2, Sepang. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2017.

“Kita menjalankan pada lewat malam untuk mengelak jumlah penumpang yang ramai dan tidak mahu mencetuskan suasana tidak senang di waktu siang,” ujar beliau.

Ditanya sama ada penumpang-penumpang lain yang berada di klia2 pada hari kejadan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan, Abdul Samah berkata, ia terpulang kepada penumpang untuk berbuat demikian.

“Setakat ini (selepas 12 hari) polis belum menerima sebarang aduan daripada orang awam yang berada di lokasi semasa telah dicemari bahan kimia dan sebagainya.

“Sudah pasti mereka menerima kesan bahan kimia seperti saspek wanita Indonesia, Siti Aishah yang mengalami muntah-muntah sejurus selepas kejadian bukan selepas ditahan polis.

“Tetapi jika mereka merasakan mahu menjalani pemeriksaan demi kepastian, mereka boleh berbuat demikian,” tegasnya lagi tanpa mendedahkan jumlah kekuatan anggota operasi hari ini.

Terdahulu operasi bersepadu itu dikendalikan oleh Pasukan khas Letupan Nuklear, Biologi, Radiologi dan Kimia (CBRNe), Makmal Forensik Polis Di-Raja Malaysia , CBRNe Bomba dan Penyelamat, Pasukan Hazmat dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Operasi itu membabitkan empat kawasan utama di klia2 iaitu lokasi muka Jong-Nam diserkup kain, dua tandas awam dan laluan menuju ke klinik klia2.

Sekumpulan besar anggota polis berada di lokasi kejadian dan menutup kawasan yang terlibat yang ditanda dengan pita kuning larangan polis. – MalaysiaGazette