Home Dunia Lebih 20 cedera dirempuh trak pikap

Lebih 20 cedera dirempuh trak pikap

Beginilah keadaan pikap yang merempuh penonton semasa perarakan Mardi Gras di New Orleans. foto Reuters

NEW ORLEANS – Sebuah trak pikap yang dipandu seorang lelaki yang kelihatan “sangat mabuk” merempuh orang ramai yang sedang menonton perarakan utama Mardi Gras di New Orleans.

Kejadian itu menyebabkan lebih 20 orang dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, 12 orang dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Trak itu didakwa berada di atas jalan di sepanjang perarakan di laluan Mid-City, merempuh tiga kenderaan lain, termasuk lori sampah, sebelum membelok ke kawasan penonton yang berdiri untuk menyaksikan perarakan.

Pemandu itu telah diberkas polis, dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol. – MalaysiaGazette