Nigel Pearson

ENGLAND – Nigel Pearson yang diselubungi kontroversi dikhabarkan bakal mengisi kekosongan pengurus Leicester City.

Selepas Ranieri dipecat pada Khamis lalu, Pearson kini dikaitkan dengan jawatan itu.

Akhbar, The Sun melaporkan para pemain ditanya pendapat jika bersetuju Pearson sebagai pengurus baharu the Foxes.

Maklum balas para pemain yang dahulunya didakwa memainkan peranan di belakang tabir pemecatan Ranieri begitu positif dan mahu Pearson mengambil tugas itu.

Pelantikan Pearson sebagai pengurus baharu the Foxes dijangka dilakukan dalam masa sehari dua ini.

Pearson, 53, menyelamatkan Leicester City daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2014/2015 dan pengaruhnya masih lagi kuat di Stadium King Power.

Craig Shakespeare dan Mike Stowell akan mengemudi pasukan itu bertemu LIverpool di laman sendiri pada Isnin ini.

Keputusan pemilik kelab dari Thailand membuat keputusan membawa masuk Pearson mengejutkan semua pihak kecuali pemain.

Pearson dipecat Leicester City pada musim 2015.

Beliau yang terlibat dalam insiden berprofil tinggi menggelar para pemberita sebagai ‘burung unta’ selain terlibat dalam perang mulut dengan pengurus Crystal Palace, James McArthur.

Anak Pearson, James juga salah seornag daripada tiga pemain yang digantung Leicester atas tindakan merakam pita video rasis dan seks semasa jelajah ke Thailand.

Selepas Leicester jatuh ke zon penyingkiran tercorot liga, pengurus Thailand sedia memaafkan Pearson untuk menyelamatkan pasukan.

Terdahulu bekas Pengurus Inter Milan dan Manchester City, Roberto Manchini dikhabarkan sebagai calon menggantikan Ranieri. – MalaysiaGazette