Doktor Pakar Rawatan Kulit Dr Ko, Dr. Ko Chung Beng (kanan) bergambar dengan mesin Pico Way selepas Pelancaran Mesin Pico Way di Aloft Hotel, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 21 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Berita baik buat mereka yang berdepan masalah kulit apabila pusat rawatan estetik dan laser terkenal Asia, Ko Skin Specialist (Dr Ko) tampil memperkenalkan teknologi terkini dalam rawatan laser dermatologi di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Dr Ko, Datuk Dr. Ko Chung Beng berkata, mesin yang dikenali Picoway itu adalah penyelesaian laser termaju untuk menghilangkan tatu, pigmentasi seperti jagat, bintik-bintik penuaan serta parut.

Beliau berkata, teknologi itu menggunakan denyutan laser terpendek dalam pasaran iaitu 375 per saat (ps) dan 450ps.

Jelasnya, diukur dalam unit pikosaat (satu persetrilion saat), laser tersebut memecahkan pigmen dengan berkesan menjadi partikel paling kecil untuk disingkirkan oleh kulit.

“Kami merasa keperluan untuk membawa Picoway ke Malaysia kerana rakyat Malaysia mempunyai warna kulit yang agak gelap.

“Adalah sukar untuk merawat pesakit dengan warna kulit yang lebih gelap kerana kebanyakan rawatan laser biasanya menyebabkan tenaga diserap ke dalam kulit dan bukannya partikel pigmen yang disasarkan,” kata Ko.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Picoway yang bernilai lebih RM1 juta itu di Hotel Aloft Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis yang diacarakan oleh penyanyi terkenal, Atilia Haron turut dihadiri ramai selebriti termasuk pelakon Idris Khan, Erma Fatima, pengacara Astro SuperSport Amanda Chaang, Yasmin Hani, Tengku Putri Najuwa dan ramai lagi.

Doktor Pakar Rawatan Kulit Dr Ko, Dr. Ko Chung Beng (lima kanan) bergambar kenangan bersama artis jemputan pada Pelancaran Mesin Pico Way di Aloft Hotel, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 21 FEBRUARI 2017
Doktor Pakar Rawatan Kulit Dr Ko, Dr. Ko Chung Beng (lima kanan) bergambar kenangan bersama artis jemputan pada Pelancaran Mesin Pico Way di Aloft Hotel, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 21 FEBRUARI 2017

Ko memberitahu, Ko Skin Specialist adalah pusat laser yang pertama dan satu-satunya di Malaysia untuk menawarkan teknologi laser Picoway.

Ujarnya, teknologi itu merupakan alternatif terulung kepada pembuangan tatu menggunakan laser tradisional.

Katanya, tidak seperti laser tradisional, Picoway menghantar tenaga ke dakwat yang disasarkan menggunakan denyutan ultrapendek yang pantas, selamat dan selesa.

“Picoway adalah pengubah pasaran kerana tenaga laser dihantar ke partikel pigmen yang disasarkan sambil mengurangkan jumlah haba yang diserap oleh kulit.

“Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan rawatan laser yang sesuai untuk warna kulit mereka,” katanya.

Sementara itu, Picoway merupakan teknologi laser proprietari milik syarikat alatan perubatan estetik yang bertapak di Amerika Syarikat, Syneron-Candela.

Mesin itu diedar di Malaysia oleh Beaumedic. Orang ramai yang berminat menjalani rawatan kulit mengggunakan Picoway boleh melayari www.koskinspecialist.com.

Dalam pada itu, Ko Skin Specialist yang ditubuhkan pada tahun 1997 menyediakan pelbagai perkhidmatan estetik dari dermatologi kosmetik dan pemindahan rambut, hingga pembedahan plastik dan rawatan pelangsingan tubuh.

Dengan memilik lebih daripada 30 cawangan di seluruh Malaysia dan pengembangan serantau ke China dan Indonesia, pusat  berkenaan telah memperoleh kepercayaan daripada profesional perubatan dan pelanggan di seluruh dunia.

Dilengkapi dengan peralatan tercanggih, pasukan doktor di pusat ini adalah pakar dalam teknologi laser, inovasi estetik dan pembedahan plastik lanjutan.

Pusat ini berkongsi komitmen yang sama untuk memperkasakan individu dengan membuat mereka merasa muda dan cantik dari dalam dan luar. – MalaysiaGazette