Home Nasional Ejen perisikan Korea Utara ada pejabat di Brickfields?

Ejen perisikan Korea Utara ada pejabat di Brickfields?

Kawasan Little India di Brickfields, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendakwa wujud sebuah syarikat peralatan ketenteraan, Glocom yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di Brickfields dekat sini.

Glocom didakwa menjual peralatan radio tempur yang melanggar sekatan Pertubuhan  (PBB), menurut draf laporan PBB yang diperoleh Reuters.

Reuters mendapati, Glocom mengiklankan lebih 30 sistem radio untuk organisasi ‘tentera dan separa tentera’ di laman web miliknya di Malaysia, www.glocom.com.my.

Bagaimanapun, laman web itu telah dipadamkan akhir tahun lalu, menyenaraikan alamat di kawasan sebagai Little India KL untuk dihubungi.

Tidak ada siapa juga menjawab ketukan di pintu dan peti surat di luar premis itu dipenuhi dengan surat-surat yang masih belum dibuka.

Sebenarnya, tidak ada syarikat yang menggunakan nama itu wujud di Malaysia meskipun ada dua syarikat di negara ini dikuasai oleh pemegang saham Korea Utara dan pengarah-pengarah didaftar di laman web Glocom pada tahun 2009, menurut dokumen pendaftaran syarikat dan laman webnya.

Dan, ia menjalankan perniagaan, menurut draf laporan PBB.

Pada Julai tahun lalu, ada penghantaran udara peralatan komunikasi tentera Korea Utara, yang dihantar dari China dan menuju ke Eritrea telah dipintas di sebuah negara yang tidak dinamakan.

Peralatan yang dirampas termasuk 45 kotak radio medan perang dan aksesori dilabel Glocom, nama singkatan untuk Global Communications Co.

Glocom dikawal oleh Biro Peninjau Umum, agensi perisikan Korea Utara ditugaskan untuk operasi di luar negara dan perolehan senjata, kata laporan itu, memetik maklumat yang tidak didedahkan.

Jurucakap misi Korea Utara di PBB kepada Reuters, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai Glocom.

Resolusi PBB 1874, yang diterima pakai pada tahun 2009, meluaskan sekatan senjata terhadap Korea Utara dengan untuk memasukkan peralatan ketenteraan dan semua “kelengkapan berkaitan”.

Tetapi pelaksanaan sekatan “masih tidak mencukupi dan sangat tidak konsisten” dalam kalangan negara-negara anggota, menurut draf laporan PBB itu dan Korea Utara menggunakan “teknik pengelakan dalam skala, skop dan kecanggihan”.

Menurut pangkalan data ‘WHOIS’, yang mendedahkan pemilikan laman web, Glocom.com.my telah didaftarkan pada tahun 2009 oleh sebuah entiti yang dikenali sebagai International Global System yang menggunakan alamat di Kuala Lumpur.

Sebuah syarikat yang serupa namanya, International Golden Services disenaraikan sebagai penghubung pada laman web Glocom.

Glocom diwujudkan oleh cawangan Pyongyang di Singapura yang dikenali dengan nama Pan System, menurut draf itu.

Pengarah Urusan Pan System di Singapura, Louis Low berkata, syarikat itu pernah mempunyai pejabat di Pyongyang dari tahun 1996 tetapi menamatkan hubungan dengan Korea Utara pada tahun 2010 dan tidak ada sebarang perniagaan di sana.

“Mereka menggunakan nama Pan Systems dan ia adalah syarikat asing tetapi mereka menjalankan operasi semua dengan sendiri,” kata Low yang pejabat di Pyongyang.

Pan Systems Pyongyang menggunakan akaun-akaun bank, syarikat bayangan dan ejen-ejen kebanyakan berpangkalan di China dan Malaysia untuk membeli komponen-komponen dan menjual sistem radio lengkap, kata laporan PBB. – MalaysiaGazette