Home Dunia Kanak-kanak maut selepas doktor enggan rawat

Kanak-kanak maut selepas doktor enggan rawat

Ellie-May

LONDON – Gara-gara lewat beberapa minit untuk temu janji, seorang kanak-kanak yang mengalami serangan asthma, meninggal dunia selepas doktor enggan merawatnya.

Walaupun dikenakan tindakan amaran, doktor tersebut masih dibenarkan terus bertugas di South Wales, menurut sebuah akhbar tempatan.

Ellie Mei Clark, yang tinggal di Newport, dijadualkan untuk temu janji dengan Dr Joanne Rowe pada jam 5 petang pada 26 Januari 2015 selepas anaknya Ellie-May mengalami serangan asthma.

Kanak-kanak itu telah beberapa kali diserang asthma yang serius dalam tempoh enam bulan sebelum kejadian.

Jadual yang ditetapkan itu adalah temu janji kecemasan tetapi Dr Rowe enggan merawatnya kerana kanak-kanak itu lewat tiba.

Clark didakwa lewat empat minit tetapi laporan rasmi memberitahu kanak-kanak itu lewat lapan minit.

Penyambut tetamu sibuk ketika kanak-kanak itu tiba, jam menunjukkan pukul 5.18 petang semasa kakitangan bertanya kepada Dr. Rowe sama ada dia boleh merawat Ellie-May.

Disebabkan terlewat 10 minit, maka Dr. Rowe menolak untuk merawat kanak-kanak tersebut dan meminta dia datang semula pagi esok.

Doktor lain di klinik berkenaan mempersoalkan keputusan itu kerana ia adalah temu janji kecemasan, menurut laporan tersebut.

Pada pukul 10.35 malam, Clark mendapati anaknya sekali lagi diserang asthma dan berhenti bernafas.

Anak itu dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia.

Laporan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan mendapati keengganan Dr. Rowe merawat Ellie-May punca kematian kanak-kanak otu.

Doktor itu amaran selepas pendengaran yang diadakan secara tertutup.

Nenek Ellie-May, Brandi, memberitahu akhbar itu: “Kami tidak pernah diberi permohonan maaf daripada Dr Rowe”.