Home Ekonomi Malaysia, Arab Saudi tubuh jawatankuasa kerja tingkat ekonomi

Malaysia, Arab Saudi tubuh jawatankuasa kerja tingkat ekonomi

Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz Al Saud bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyaksikan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) yang mewakili Malaysia dan Menteri Negeri Arab Saudi, H.E. Dr. Ibrahim Assaf (kiri) yang mewakili Arab Saudi pada Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Antara Malaysia dan Arab Saudi di Seri Perdana, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 27 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Arab Saudi bersetuju menubuhkan jawatankuasa kerja di bawah Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Saudi untuk mengenal pasti dan meningkatkan pemahaman mengenai isu-isu perdagangan dan pelaburan serta membangunkan program kerjasama bagi meningkatkan lagi hubungan ekonomi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pembentukan kumpulan kerja itu adalah langkah ke hadapan yang boleh memacu lebih banyak perdagangan dan mempelbagai import dan eksport.

Antara bidang utama yang bakal dimanfaat daripada perdagangan kedua-dua negara termasuk sektor perkhidmatan, ekonomi digital dan sektor pelancongan.

“Pegawai-pegawai akan ditugaskan untuk memperincikan butiran produk dan perkhidmatan yang perlu dipromosikan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Pada hari ini, Malaysia dan Arab Saudi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)  untuk menggalakkan kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, terutamanya dalam lima bidang utama iaitu penjagaan kesihatan, pembinaan, pendidikan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan industri Halal.

Malaysia diwakili oleh Mustapa dan Menteri Negara Arab Saudi, Dr. Ibrahim Abdulaziz Al-Assaf, mewakili bagi pihak Kementerian Perniagaan dan Pelaburan negara itu.

MITI berkata, kerjasama antara kedua-dua kerajaan digariskan di bawah MoU itu akan meliputi pertukaran maklumat dan pengalaman, lawatan yang melibatkan pakar-pakar dan profesional serta menjadi tuan rumah seminar dan mesyuarat sesi untuk menggalakkan lagi peluang yang ada di negara masing-masing.

Mustapa berkata, kerjasama yang digariskan di bawah MoU itu akan meliputi pertukaran maklumat dan pengalaman, lawatan yang melibatkan pakar-pakar dan profesional serta untuk menjadi tuan rumah seminar dan mesyuarat sesi untuk menggalakkan lagi peluang yang ada di negara-negara masing-masing.

Malaysia dan Arab Saudi akan terus menikmati hubungan dua hala yang kukuh, kata Mustapa.

Pada 2016, jumlah perdagangan antara negara adalah RM14 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 27.8 peratus daripada tahun sebelumnya.

Eksport pula berjumlah RM3.4 bilion manakala import berjumlah RM10.6 bilion.

Dari segi pelaburan, Malaysia mempunyai kedudukan yang kukuh dalam sektor pembinaan di Arab Saudi dengan 19 kontrak bernilai RM18.5 bilion yang dianugerahkan kepada syarikat Malaysia.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi untuk kemudahan yang diberikan kepada syarikat-syarikat Malaysia dan berharap dapat terus mengambil bahagian dalam Program Transformasi Negara Arab 2020 dan Wawasan 2030”, tambah Mustapa. – MalaysiaGazette