DOHA – Sempena persidangan dan pameran tahunan perdagangan industri penghantar barangan udara, Qatar Airways Cargo dinobatkan penerima anugerah Global Cargo Airline of the Year yang berlangsung di Johannesburg, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Anugerah itu sebagai pengiktirafan di atas kejayaan Qatar Airways Cargo dalam industri penghantar barangan udara.

Penerbangan kargo itu dicalonkan dan diundi pembaca STAT Times menerusi undian dalam talian dan berjaya menewasakan lima lagi calon.-MalaysiaGazette