KUALA LUMPUR – Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia akibat sesak nafas di Taman Melawati petang tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah mengesahkan berita sedih itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, industri hiburan negara kehilangan seorang lagi seniman yang hebat.

Allahyarham yang berusia 81 tahun meninggal selepas di sebuah klinik swasta di Taman Melawati selepas sesak nafas pada pukul 5.45 petang tadi.

Difahamkan, sebelum itu allahyarham tercekik kuih semasa minum petang.

Jenazah allahyarham dibawa ke Masjid Al-Ridhuan Ulu Kelang pukul 11 pagi esok sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di masjid yang sama.

Jins salah seorang seniman tanahair yang seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee banyak berlakon dan mengarahkan filem termasuk Bukit Kepong.

Allahyarham juga pernah dilantik sebagai senator di Dewan Negara.-MalaysiaGazette