MANCHESTER – Zlatan Ibrahimovic berdepan penggantungan tiga perlawanan sekiranya didapati bersalah atas dakwaan kesalahan berkelakuan sengaja menyiku pemain Bournemouth, Tyrone Mings ketika perlawanan Manchester United menentang AFC Bournemouth pada Sabtu lalu.

Penggantungan itu akan menyaksikan Ibrahimovic, 35 bakal terlepas aksi menentang Chelsea di Stamford Bridge dalam aksi Piala FA pada Selasa depan, menentang Middlesbrough pada 19 Mac ini dan West Bromwich Albion pada 1 April.

Ibrahimovic mempunyai sehingga esok untuk menjawab pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.

Mings juga turut disiasat. FA England kerana terlebih dahulu memijak kepada penyerang kelahiran Sweeden dan dia berdepan hukuman yang sama. – MalaysiaGazette