Ranjit Ajit Singh

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan melancarkan skim penyelidikan bagi syarikat-syarikat senaraian awam modal kecil dan sederhana pada Jun ini bagi menangani ketidakcukupan liputan yang diterima daripada firma penyelidikan.

Pengerusi SC Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata, skim itu dicadangkan pada bulan Oktober tahun lalu dalam Bajet 2017 bertujuan untuk memastikan syarikat-syarikat kecil dan sederhana mampu menarik penyertaan pelabur-pelabur lebih besar.

Katanya, SC sedang bekerjasama dengan persatuan perbankan pelaburan, persatuan pembrokeran, dana-dana pelaburan dan Bursa Malaysia bagi memastikan ada penyelidikan bebas disediakan kepada syarikat-syarikat ini.

Tambah beliau, dana pelaburan juga merancang bagi syarikat-syarikat senaraian awam modal kecil dan sederhana, yang mana perbincangan sedang dilakukan bagi institusi pelabur bagi memperuntukan sebahagian sumber kewangan tertentu kepada syarikat-syarikat ini.

Ranjit berkata, sebahagian daripada dana akan diperuntukkan kepada pengurus dana luar yang akan menubuhkan dana bermodal kecil untuk memberi tumpuan kepada segmen ini.

“SC juga akan mewujudkan indeks bagi syarikat-syarikat ini dan indeks-indeks tersebut akan membantu indeks penilaian prestasi penanda aras bagi pembangunan produk seperti pertukaran dana dari semasa ke semasa,” katanya.

Ranjit berkata, skim dan pelaburan dana penyelidikan akan menjadi program tiga tahun yang akan dilancarkan secara berperingkat. – MalaysiaGazette