Pengarah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas oleh pihak polis pada sidang media berkaitan rampasan dadah terbesar bernilai RM50.5 juta di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2017.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya melakukan rampasan dadah terbesar pada tahun ini yang bernilai RM50.5 juta hasil penemuaan 2.51 juta pil Eramin 5 dan 800 pil ekstasi dalam serbuan di sebuah kargo laut di Pelabuhan Klang, Selangor kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata,  dadah tersebut ditemui dalam kontena dari Taiwan yang disembunyi di dalam 15 sofa dan lima meja.

Beliau menjelaskan, jumlah pil Eramin 5 yang dirampas itu boleh digunakan oleh 2.51 juta penagih.

“Siasatan awal percaya pil Eramin 5 dan ekstasi untuk pasaran tempatan sebelum diimport ke Singapura, Thailand dan Indonesia.

“Dalam pada itu, jumlah keseluruhan nilai sitaan harta sebanyak RM2 juta yang melibatkan pelbagai mata wang tunai asing dan tempatan berjumlah RM900,000.

Jelasnya, turut disita adalah lima buah kereta, sembilan utas jam tangan mewah dan pelbagai barang kemas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Pengarah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff (kiri) ketika bercakap pada sidang media berkaitan rampasan dadah terbesar bernilai RM50.5 juta di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2017.

Mohd. Mokhtar berkata, kejayaan rampasan itu melibatkan kerjasama polis bersama Jabatan Kastam yang bermula dengan penahanan seorang suspek ketika serbuan di Pelabuhan Klang oleh Pa­sukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING).

Tambah beliau, ia disusuli dengan tangkapan sembilan suspek lain di sekitar ibu kota dan tujuh serbuan di sini serta Selangor.

“Ujian saringan awal urin terhadap suspek menunjuk dua daripada mereka positif dadah.

“Kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Mohd. Mokhtar menegaskan, polis akan sentiasa mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan dadah yang lain di negara ini bagi memastikan segala tindakan pembanterasan penyeludupan dan pengedaran dadah dapat dilaksanakan dengan berkesan. – MalaysiaGazette

Anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang lengkap bersenjata turut kelihatan pada sidang media berkaitan rampasan dadah terbesar bernilai RM50.5 juta di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2017.