Datuk Seri Jamal Md Yunos

KUALA LUMPUR – Siasat juga pemilik dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat ‘melindungi’ premis rumah-rumah urut di Selangor.

Presiden Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, kesemua pihak yang terlibat dalam kegiatan haram itu juga perlu diheret ke muka pengadilan.

“Tahniah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia). Saya berharap bukan setakat yang menerima suapan sahaja yang ditangkap tetapi yang menghulur juga perlu di ambil tindakan.

“Tokey yang mengusahakan kegiatan haram ini perlu di dihadapkan ke muka pengadilan adn juga Ahli Majlis (PBT) yang bersekongkol mengeluarkan lesen perniagaan,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan SPRM menahan 13 anggota penguat kuasa yang disyaki terlibat dalam rasuah bagi melindungi rumah-rumah urut yang melakukan pelbagai kesalahan di Selangor.

Mereka terdiri daripada lapan anggota polis, empat staf bomba, seorang pegawai PBT.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar sebelum itu antara individu yang aktif ‘memerangi’ rumah urut dan premis perjudian yang berselindung di sebalik lesen perniagaan dan mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil tindakan tegas.

Menurutnya, di Selangor sahaja terdapat kira-kira 7,000 premis sedemikian dan mereka bebas beroperasi kerana kerajaan negeri tidak berani mengambil tindakan tegas menarik balik lesen.-MalaysiaGazette