KUALA LUMPUR – Semalam, keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun diumumkan.

Tidak terkecuali, anak artis turut memperolehi keputusan cemerlang.

Paling mencuri perhatian, anak kepada pelakon popular Fauzi Nawawi iaitu Hana Farisha, 17, yang berjaya memendapat 10A.

Keputusan cemerlang itu tentunya membahagiakan Fauzi sebagai seorang bapa apatah lagi statusnya sebagai artis popular.

Malah lebih membuatkan lelaki berusia 44 tahun itu bangga kerana anak sulung, Hainal Fatihah juga pernah mendapat 8A di dalam SPM

Jelas pemegang watak antagonis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff itu, sebagai seorang bapa tentunya dia gembira dan menjadi manusia paling bahagia bila melihat keputusan anak saya itu.

Akui Fauzi yang pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama Anugerah Skrin menerusi drama Sebelum Akhirat, dia sentiasa berdoa untuk anak-anaknya dan mendidik mereka dengan agama, diajar untuk tidak meninggalkan solat.

Untuk rekod, Fauzi memilik empat anak dengan bekas isteri. Selain Hana Fatiha, 21, dan Hana Farisya, dua lagi adalah Fariz Hazwan, 20, dan Fikri Hakimi, 15. – MalaysiaGazette