Kesilapan Victor Valdes di gawang gol berjaya dimanfaatkan Valencia pada minit ke-93 untuk memastikan Manchester United menang 3-1 dalam aksi EPL malam tadi. -Foto: The Sun

ENGLAND – Victor Valdes muncul sebagai hero untuk Manchester United apabila kesilapannya menghadiahkan skuad Jose Mourinho tiga mata penuh di Stadium Riverside malam tadi

Dengan the Red Devils mendahului Middlesbrough 2-1, pasukan tuan rumah begitu agresif mencari gol penyamaan.

Selepas berjaya memintas pemain tuan rumah, Antonio Valencia melancarkan serangan balas satu lawan satu.

Bola itu berjaya dirampas pemain Middlesbrough dan dihantar kepada penjaga golnya Victor Valdes.

Valdes tergelincir jatuh ketika hendak melakukan sepakan sebelum Valencia pantas mengambil kesempatan memasukkan bola dalam gawang lawan untuk gol ketiga.

Valdes merupakan bekas pemain Manchester United dan hanya sekadar beraksi satu perlawanan sebelum dijual kepada Middlesbrough.

Marouane Fellaini membuka gol pertama pasukan pada minit ke-30 selepas menanduk masuk bola hantaran silang Ashley Young.

Gol kedua Man United hadir menerusi sepakan kencang Jesse Lingard dari luar kota penalti pada minit ke-62.

Manchester United tidak beraksi pada tahap sebenar dan nampak keletihan di atas padang apabila bek pertahanan sering bocor.

Ia menyebabkan Middlesbrough khususnya penyerang Alvaro Negredo memberi masalah kepada Phil Jones dan Chris Smalling lebih melakukan kesilapan.

Middlesbrough menguasai perlawanan di atas padang dan Manchester United lebih kepada aksi bertahan.

Rudy Gestede membuka harapan pasukan apabila membuka gol pertama Middlesbrough sebelum tewas 1-3 kepada Man United dalam aksi EPL malam tadi. Foto: the Sun
Rudy Gestede membuka harapan pasukan apabila membuka gol pertama Middlesbrough sebelum tewas 1-3 kepada Man United dalam aksi EPL malam tadi. Foto: the Sun

Pemain gantian Middlesbrough Rudy Gestede memberi harapan kepada pasukan selepas membuka gol pertama untuk pasukan untuk mengejar skuad Mourinho.

Namun segala usaha Middlesbrough mencari gol penyamaan tidak menjadi dengan kekebalan bek pertahanan selepas Marcos Rojo dimasukkan di separuh masa kedua sebelum kesilapan Valdes menghadiahkan gol kemenangan pada minit kecederaan ke-93 menerusi Valencia.

Dengan keputusan itu, Manchester United berjaya keluar dari perangkap kedudukan keenam dan melonjak ke tangga kelima dalam carta EPL memintas Everton dan Arsenal.

Keputusan itu juga menyaksikan Manchester United muncul sebagai pasukan pertama yang mencatatkan kemenangan ke-600 dalam EPL. – MalaysiaGazette