SINGAPURA – Harga minyak jatuh selepas aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat meningkat dan bekalan yang stabil daripada OPEC, meskipun pengeluaran dikurangkan.

Harga bagi niaga hadapan Brent turun AS$0.20 berbanding penutup pada 0025 GMT kepada AS$51.56 setong. Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) juga jatuh AS$0.28 kepada AS$48.50 setong.

Peniaga berkata, harga berada di bawah tekanan akibat kenaikan aktiviti penggerudian dan bekalan tinggi yang berterusan oleh OPEC walaupun berikrar untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) bersama-sama pengeluar lain.

Penggerudian di Amerika Syarikat menambah 14 medan minyak pada minggu sehingga 17 Mac, menjadikan jumlah bertambah kepada 631, kenaikan sejak bulan September 2015, kata firma perkhidmatan tenaga, Baker Hughes.

Pengeluaran minyak Amerika Syarikat telah meningkat melebihi 9.1 juta tong sehari berbanding di bawah 8.5 juta tong sehari pada bulan Jun tahun lalu. – MalaysiaGazette