MANCHESTER – Penyerang sensasi, Zlatan Ibrahimovic menegaskan, kedatangannya ke England untuk membuktikan siapa dirinya yang sebenarnya.

Pemain berusi 35 tahun itu berkata, tindakannya itu adalah satu cabaran apabila merasai dengan menyertai kelab terhebat, Manchester United.

“Saya bekerjasama dengan individu-individu yang ‘cemerlang’ untuk membawa kembali sejarah lama dan mengukir lebih banyak ‘kenangan indah’ buat pasukan” ujar Zlatan kepada bekas pengurus Juventus, AC Milan dan England, Fabio Capello dalam satu rancangan SkySports Italia.

Ibrahimovic berkata, pengurus Jose Mourinho)merupakan sahabatnya dan dia tahu akan kemampuan dirinya.

Jelas pemain antarabangsa Sweden itu, pengendali Portugal itu  sering memberi motivasi kepada dirnya serta rakan sepasukan dan cara dan ‘kemesraan’ itu membuatkan pemain memberi 200% di atas padang.

“Jika inginkan kemewahan, saya boleh sahaja ke China tetapi saya memerlukan cabaran yang dapat memotivasikan diri saya.

“Terdapat banyak aspek berbeza untuk bermain disini apabila ia lebih kepada corak fizikal serta pantas.

“Seperti anda ketahui, saya dapat mengatasi halangan tersebut dengan rekod jaringan (terkini) sambil dibantu rakan sepasukan.

“Liga ini (Liga Perdana Inggeris) ‘gila’ apabila tiada satu pasukan yang mendominasinya. Tidak seperti Bayern dengan Bundesliga,Juventus di Itali, PSG bersama Perancis, Barca menguasai La Liga.

“Kebanyakan pasukan di sini sangat kompetetif kerana sebarang mata amat berharga hinggakan pasukan bawahan juga sangat merbahaya,” katanya. – MalaysiaGazette