Sergio Aguero menjaringkan gol penyamaan bagi menyelamatkan Man City sebelum seri 1-1 bertemu Liverpool dalam aksi EPL di Stadium Etihad awal pagi tadi. Foto: the Sun

MANCHESTER – Liverpool dan Manchester City hilang sengat dalam mengejar pendahulu Perdana Inggeris (EPL) Chelsea dan Tottenham Hotspurs.

Dalam aksi pagi tadi, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 dalam perlawanan penuh dramatik di Stadium Etihad.

Skuad bimbingan Pep Guardiola terselamat dengan gol jaringan Sergio Aguero pada minit ke-69.

Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di separuh masa pertama.

Bagaimanapun Manchester City terpaksa berbayar mahal apabila membolos gol menerusi sepakan penalti yang meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-51.

James Milner berjaya meletakkan Liverpool di hadapan menerusi sepakan penalti minit ke-51 menentang Man City dalam aksi EPL di Stadium Etihad awal pagi tadi.Foto: the Sun
James Milner berjaya meletakkan Liverpool di hadapan menerusi sepakan penalti minit ke-51 menentang Man City dalam aksi EPL di Stadium Etihad awal pagi tadi.Foto: the Sun

Gael Clichy menerjah keras Roberto Fermino dalam kotak penalti menyebabkan James Milner membuka jaringan untuk the Reds.

Liverpool dan Man City mendapat peluang untuk mencipta gol di babak akhir sebelum perlawanan tamat, tetapi Adam Lallana dan Aguero gagal memanfaatkan peluang itu.

Dengan Manchester United dan Tottenham mencatat kemenangan semalam, Man City turun untuk kemenangan wajib.

Jurgen Klopp dan Pep Guardiola berkongsi mata dalam aksi EPL awal pagi tadi.Foto: the Sun
Jurgen Klopp dan Pep Guardiola berkongsi mata dalam aksi EPL awal pagi tadi.Foto: the Sun

Malangnya ia terpaksa berkongsi mata dengan Liverpool menyebabkan Man City terus kekal di tangga ketiga dengan dua mata di belakang Tottenham.

Liverpool pula terus menghuni tangga keempat empat mata di hadapan Man United. – MalaysiaGazette