Tubuh Ziyed Ben Belgacem terbaring di atas lantai di Lapangan Terbang Orly selepas ditembak mati. foto Agensi

PARIS – Ujian darah yang dijalankan ke atas seorang lelaki yang menyerang seorang askar di Lapangan Terbang Orly mengandungi dadah dan alkohol.

Ziyed Ben Belgacem, 39, mati ditembak selepas dia mengacukan senjata di kepala seorang askar wanita.

Pejabat Pendakwa Raya Paris berkata, ujian toksikologi semasa bedah siasat mayat lelaki itu menemui kokain dan kanabis.

Mayat Belgacem juga mengandungi paras alkohol sebanyak 0.93 gram bagi seliter darag, hampir dua kali ganda had yang dibenarkan untuk memnadu di Paris.

Lelaki itu sebelum ini didakwa menjadi radikal selepas dipenjarakan atas kesalahan rombakan dan dadah.

Bagaimanapun, bapanya berkata, Belgacem tidak mengamalkan cara hidup Islam dan minum alkohol.

“Anak saya bukan pengganas dan dia ambil arak. Tetapi di bawah pengaruh alkohol dan kanabis, beginilah ia berakhir,” ujar bapa lelaki itu. – MalaysiaGazette