Kongsi
Dari kiri Robert Kuok dan Syed Moktar AlAlbukhary.

KUALA LUMPUR – Seramai 12 individu Malaysia berada dalam senarai golongan terkaya dunia.

Individu terkaya di Malaysia, Robert Kuok berada pada kedudukan ke-115 dengan nilai kekayaan AS$11.4 bilion.

Beliau adalah dalam individu yang paling tua dalam senarai itu. Dia berusia 93 tahun.

Selain Kuok, 11 individu lain ialah Tan Sri Quek Leng Chan (tempat ke-202; AS$6.8 bilion), T. Ananda Krishnan (219; AS$6.5 bilion), Tan Sri Lee Shin Cheng (348; AS$4.7 bilion), Tan Sri Teh Hong Piow (348; AS$4.7 bilion), Tan Sri Lau Cho Kun (973; AS$2.1 bilion), Tan Sri Yeoh Tiong Lay (973; AS$2.1 bilion) dan Tan Sri Tiong Hew King (1;030, AS$2bil).

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (1,161; AS$1.8 bilion), Tan Sri Chen Lip Keong (1,290; AS$1.6 bilion), Kuan Kam Hong (1,940; AS$1 bilion) dan Tan Sri Lim Siew Choon (1,940; AS$1 bilion).

Forbes berkata, sejumlah 2,043 orang individu terkaya berada dalam senarai tahunan ke-31 golongan terkaya dunia berbanding 1,810 orang pada tahun lalu.

Senarai itu diterbitkan dalam majalah Forbes pada 28 Mac ini.

Bagi empat tahun berturut-turut, Bill Gates kekal sebagai individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan melonjak kepada AS$86 bilion berbanding AS$75 bilion pada tahun lalu.

Individu lain yang dinamakan dalam senarai 10 terkaya dunia ialah Warren Buffett (AS$86 bilion), Jeff Bezos (AS$72.8 bilion), Amancio Ortega (AS$71.3 bilion), Mark Zuckerberg (AS$56 bilion), Carlos Slim Helu (AS$54.5 bilion), Larry Ellison (AS$52.2 bilion), Charles Koch (AS$48.3 bilion), David Koch (AS$48.3 bilion) dan Michael Bloomberg (AS$47.5 bilion).

Presiden Donald Trump pula berada pada kedudukan 544 dengan nilai kekayaan AS$3.5 bilion.

Gabungan kekayaan golongan terkaya dunia ialah AS$7.67 trillion, naik 18.4 peratus berbanding AS$6.48 trillion pada tahun 2016.

Asia Pasifik merekodkan jumlah golongan terkaya dengan 720 orang, diikuti Amerika Syarikat 565 dan Eropah 530.

Individu terkaya di Asia ialah Wang Jianlin dari China dengan nilai aset sebanyak AS$31.3 bilion.

Sejumlah 277 orang wanita turut berada dalam senarai itu, bertambah daripada 202 tahun lalu.

Peserta baharu dalam senarai itu ialah Nguyen Thi Phuong Thao, pemilik syarikat penerbangan tambang murah, VietJet Air. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan