MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones dilaporkan patah kaki selepas melakukan imbasan pemeriksaan di sini, semalam.

Jones sebelum itu dikasari oleh rakan kelabnya, Chris Smalling ketika latihan bersama England.

Menurut DailyMail, Jones hampir pasti terlepas sembilan perlawanan pada bulan April ini.

Berita itu pasti membuatkan pengurusa Jose Mourinho kecewa ketika pemain mengikut aksi perlawanan antarabangsa bersama skuad kebangsaan masing-masing. – MalaysiaGazette