Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Sebanyak 70 peratus responden atau 30, 173 orang pengundi Melayu tidak tahu menahu mengenai Rang Undang-Undang 355 (RUU355)

Itu hasil tinjauan melalui Kaji Selidik Sentimen Pengundi Mengenai RUU355 oleh INVOKE yang diumumkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini.

Jumlah responden yang terlibat dalam kajiselidik itu sebanyak 43,030 orang kesemuanya.

“Hanya 10.4 peratus pengundi Melayu dan bumiputera Islam yang akan mengundi berpandukan kepada keputusan RUU355,” ujar Rafizi lagi.

Ahli Parlimen Pandan itu juga memberitahu, 54.3 peratus daripada pengundi yang berhasrat mengundi PAS tidak tahu mengenai RUU355.

Sebanyak 19.5 peratus pengundi dalam kelompok yang sama juga walaupun tahu mengenai RUU355 tetapi merasakan ia bukan isu penentu undi dalam PRU-14,” jelasnya Rafizi.

RUU355 yang dibaca oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang menimbulkan polemik sehingga sekarang bukan sahaja dalam kalangan parti berteraskan Melayu tetapi juga parti lain majoriti bukan Islam di negara ini.-MalayaisGazette