Polis forensik memeriksa kereta milik Mohamed R yang dipandu laju di kawasan pejalan kaki di kawasan beli-belah Antwerp. foto Agensi

ANTWERP – Pasukan keselamatan Belgium menahan seorang lelaki selepas dia memandu ke kawasan membeli-belah pada kelajuan tinggi di bandar pelabuhan Antwerp.

Pihak berkuasa menemui senapang dan senjata berbilah di dalam kereta selepas suspek, yang dikenal pasti oleh pendakwa raya sebagai Mohamed R, 39, cuba melarikan diri dan ditahan di utara bandar itu.

Lelaki itu adalah “di bawah pengaruh sesuatu” tetapi ia tidak jelas bahan tersebut.

Pihak berkuasa tidak pasti jika ia adalah satu cubaan serangan dan kejadian itu masih dalam siasatan.

Pejabat Pendakwa Belgium berkata, Mohamed R., adalah seorang warganegara Perancis tetapi sumber polis Perancis memberitahu AFP lelaki itu dari Tunisia yang tinggal secara sah di bandar Lens, Perancis berhampiran sempadan Belgium.

Lelaki itu tidak pernah ada rekod jenayah lampau sebelum ini.

“Beliau memandu seperti dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh dadah. Dia tidak pernah terlibat dalam jenayah sebelum ini,” kata sumber-sumber polis.

Pierre Camarre, jiran lelaki itu memberitahu AFP, lelaki berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 1.85 meter (enam kaki) dan “tanpa janggut serta memakai pakaian Barat.”

Insiden itu berlaku selepas beberapa siri serangan termasuk di lapangan terbang Orly di Paris dan pembunuhan beramai-ramai di London dan sehari selepas ulang tahun pertama pengeboman bunuh diri Brussels yang mengorbankan 32 orang. – MalaysiaGazette