Lille – Tiga orang dilaporkan mengalami kecederaan, termasuk seorang budak lelaki berusia 14 tahun, dalam lejadian tembakan di Lille, Perancis.

Laman sesawang Perancis, La Voix du Nord, melaporkan remaja itu mengalami kecederaan di kaki manakala seorang lagi individu mengalami kecederaan di bahagian leher.

Insiden itu berlaku berdekatan stesen kereta api bawah tanah, Porte d’Arras di selatan bandar tersebut, lapor The Independent.

Polis berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 9.50 malam.

Menurut laporan radio tempatan, para pegawai menafikan tindakan keganasan sebagai motif kejadian tembakan itu dan mencadangkan ia adalah perbalahan dalam kalangan penduduk tempatan berkaitan dadah.

Kira-kira sedozen kelongsong peluru ditemui dan berkemungkinan membabitkan hanya seorang penyerang. – MalaysiaGazette