Imej di atas menunjukkan selepas berlaku leupan. Imej bawah sebelum letupan berlaku. foto Agensi

ENGLAND – Seramai dua orang cedera parah dan 32 yang lain cedera selepas beberapa bangunan runtuh di Merseyside akibat letupan yang disyaki daripada gas.

Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil untuk ‘insiden besar’ dalam Bebington, Wirral, pada kira-kira 21:15 GMT.

Bangunan yang musnah termasuk sebuah studio tarian untuk kanak-kanak di Boundary Road, yang tidak diduduki ketika kejadian.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital di Merseyside dan Chester, North West Ambulance Service (NWAS) berkata.

Beberapa rumah-rumah di kawasan berhampiran telah dipindahkan dan sekitar 20 orang telah berpindah ke sebuah gereja berdekatan, tambah NWAS.

Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Aintree di Liverpool.

Manakala mangsa yang mengalami kecederaan dirawat di Countess of Chester dan Arrowe Park hospital di Merseyside. Satu orang telah dibawa ke Hospital Royal Liverpoo, kata NWAS.

Ramai orang tempatan mendengar letupan tersebut.

Lew Hopkins, yang rumahnya terletak berhampiran berkata: “Ia kedengaran seperti gempa bumi. seluruh rumah kami bergegar.

“Saya tahu kira-kira lima, enam batu penduduk lain juga mendengar letupan itu. Dengan serta-merta saya berlari ke jalan raya,” katanya.

Seorang pekerja kedai serbaneka di Bebnington Road, Bino Shan berkata, dia ternampak seorang lelaki cedera dan beberapa lagi cedera.

“Bangunan itu telah tiada, pintu kedai rosak dan pecah. Letupan besar itu amat menakutkan tetapi saya tidak nampak kebakaran,” ujarnya. – MalaysiaGazette