Seekor kangaru yang menyerang kenderaan seperi dirakamkan penduduk di Canberra, Australia.

CANBERRA – Seekor kangaru garang berdepan manusia dan cuba ‘menyerang’ kenderaan di sini.

Satu rakaman video pemandu merakam aksi haiwan tersebut yang sebelum itu mengekorinya daripada belakang.

Kangaru itu tiba-tiba berhenti dan menghadap kenderaan tersebut seperti orang yang mahu bergaduh.

Kemudiannya kangaru berkenaan menyerang kenderaan tersebut beberapa kali.

Lebih melucukan, mulut kangaru itu ada rumput dan dianggap seperti samseng yang menghisap rokok.

Ia bukan kali pertama rakaman menunjukkan aksi ganas kangaru kerana sebelum ini haiwan berkenaan pernah dirakamkan mencederakan seekor anjing buruan di Australia.-MalaysiaGazette

http://video.dailymail.co.uk/preview/mol/2017/03/25/5431829163825123150/636x382_MP4_5431829163825123150.mp4