Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz (dua kiri) enggan mengulas isu politik kepada wartawan selepas berceramah dalam Forum Wanita Boleh Melakukan Keajaiban di Universiti SEGI Kota Damansara. Mengiringi beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 26 MAC 2017.

PETALING JAYA – Tan Sri Rafidah Aziz biasanya berceloteh panjang sekiranya berbual topik politik namun hari ini enggan mengulas isu debat antara Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Pengerusi AirAsia X Berhad itu tidak mahu memberikan sebarang respon mengenai perkara tersebut meskipun diasak soalan berkaitan beberapa kali.

“No politics, no statement (tiada politik, tiada kenyataan),” katanya ringkas ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah pada Forum Wanita Boleh Melakukan Keajaiban di Kolej SEGI di sini hari ini.

Rafidah merupakan bekas anggota Kabinet selama 21 tahun dan mengenali rapat Mahathir dan Nazri sama ada dalam kerajaan dan parti sebelum ini.

Debat antara bekas perdana menteri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu akan diadakan di Dewan Karangkraf pada 7 April depan selepas program yang sepatutnya diadakan semalam tidak mendapat kebenaran polis.- MalaysiaGazette