Khalid Masood diberi rawatan selepas ditembak kerana menikam seorang polis di luar Parlimen Britain, baru-baru ini. foto thesun

LONDON – Khalid Masood, lelaki yang menyerang di luar Parlimen Britain disahkan melakukan serangan secara bersendirian.

Polis Metropolitan juga berkata, tidak ada maklumat yang mengesahkan serangan tersebut dirancang.

Timbalan Penolong Komisioner, Nei Basu berkata: “Kita perlu terima terdapat kemungkinan yang tidak difahami mengapa beliau bertindak sedemikian”.

Seramai empat terbunuh dan 50 lagi mangsa cedera apabila Masood memandu dengan meluru kereta ke arah orang ramai sebelum menikam seorang anggota polis.

“Jika dia bertindak berseorangan dalam persediaan (menyerang), kami perlu mendapatkan bukti mengapa dia bertindak demikian bagi memberi jaminan kepada keselamatan penduduk London, selain menjawab kepada keluarga-keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera,: katanya.

Tambah beliau, polis turut mengenal pasti tindakan Masood itu kerana terpengaruh dengan pengganas atau diarahkan oleh mana-mana pihak.

“Jika terdapat kes, mana-mana pihak yang terlibat dalam dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya sambil meminta orang ramai yang tahu mengenai Masood supaya tampil kepada polis. – MalaysiaGazette