Gambar hiasan

CINCINNATI – Seorang terbunuh dan 15 lagi cedera dalam kejadian tembakan dalam sebuah kelab malam yang penuh sesak di Cincinnati, Ohio, awal pagi Ahad.

Datuk Bandar Cincinnati, John Cranley berkata, tidak ada bukti “serangan pengganas,” seperti penyembelihan di Kelab Malam Pulse tahun lalu di Orlando, Florida yang mengorbankan 49 orang dalam kes tembakan paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

“Bagaimanapun kepada mangsa, kejadian itu apa bezanya? Orang ramai hanya akan mampu meluangkan masa dan ia berakhir dengan tembakan,” kata Cranley.

Setakat ini tiada individu yang ditahan dalam kejadian pukul 1 pagi EDT (0600 GMT) di Cameo Nightlife.

Kelab malam pernah mempunyai kes keganasan termasuk dua kes tembakan pada tahun 2015, kata pengurusnya, Harry Black.

Ketua Polis, Eliot Isaac percaya kes itu melibatkan beberapa pemilik senjata api berpunca daripada perbalahan yang berlaku dalam kelab itu.

“Buat masa ini kami tidak jelas punca kes tembakan ini. Polis juga tidak mempunyai gambaran tentang suspek-suspek yang terlibat kerana tidak mendapat kerjasama,” kata pegawai kanan polis, Kimberly Williams

Lelaki yang maut dalam kejadian itu dikenali sebagai O’Bryan Spikes, 27. Dua lagi mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal.

Mangsa-mangsa lain ada yang masih dirawat di hospital dan beberapa lagi telah menerima rawatan dan dibenarkan keluar. – MalaysiaGazette