Salji turun dengan lebat Nasu dengan lebat sejak hari Ahad. foto Agensi

TOKYO – Lapan penuntut sekolah tinggi di Jepun dikhuatiri terbunuh selepas terlibat dalam runtuhan salji di sebuah resort ski.

Runtuhan itu berlaku awal pada hari Isnin berhampiran Nasu di wilayah Tochigi kira-kira 120 kilometer (75 batu) di utara Tokyo.

Setakat ini lapan pelajar itu tidak memberi sebarang isyarat.

Seramai 30 lagi penuntut dilaporkan cedera, lapor agensi berita Kyodo, Jepun.

Semasa kejadian, dilaporkan seramai 70 orang termasuk guru dan penuntut di beberapa buah sekolah berada di tempat kejadian.

Kesemua mereka terlibat dalam acara mendaki gunung skala besar yang membabitkan tujuh buah sekolah.

Pasukan penyelamat sudah berada di tempat kejadian tetapi cuaca buruk dan salji lebat menjejaskan operasi.

Bantuan helikopter juga tidak boleh digunakan kerana faktor cuaca. – MalaysiaGazette