AMLA MACC Senior Enforcer US$6.94 million MEIO Hasanah case item Eric Chang 4 years old boy murder

SINGAPURA – Mahkamah Singapura memerintahkan sepasang suami isteri dipenjarakan kerana membiarkan pembantu rumah, seorang warga Filipina kelaparan.

Thelma Oyasan Gawidan, 40, hanya seberat 29.4 kg (65 lb) pada bulan April 2014 selepas diberi terlalu sedikit makanan selama kira-kira 15 bulan, kata pendakwa raya.

Beliau telah diberi dua atau tiga keping roti putih kosong dan satu atau dua paket mi segera untuk sarapan pagi, manakala untuk makan kali kedua dan terakhir, pembantu rumah itu diberi lima atau enam keping roti biasa.

Lim Choon Hong dipenjarakan selama tiga minggu dan denda S$10,000 manakala isterinya, Chong Sui Foon, dipenjara tiga bulan tanpa dikenakan denda.

Pasangan itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Pendakwa berkata, mereka boleh mengemukakan rayuan. Hukuman maksimum ialah 12 bulan penjara dan denda sebanyak S$10,000.

“Saya menerima bahawa … anda menyesal dan tidak sengaja untuk menyebabkan kebuluran terhadap pembantu rumah anda,” kata Hakim Low Wee Ping.

Peguam bela Raymond Lye berkata, anak guamnya, tidak mempunyai niat untuk menyebabkan kemudaratan.

Ini kerana, kes-kes lain biasanya membabitkan penderaan pembantu rumah yang merupakan kesalahan yang disengajakan, katanya. – MalaysiaGazette