Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Perdagangan dua hala antara Malaysia dan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada RM145.18 bilion pada tahun 2016 berbanding RM144.87 bilion sebelumnya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, eksport ke negara-negara OIC meningkat sebanyak 5.1 peratus dari tahun ke tahun kepada RM63.11 bilion.

Perdagangan seimbang turut merekodkan prestasi baik dengan peningkatan sebanyak 67 peratus kepada RM18.96 bilion pada tahun 2016 berbanding RM11.37 bilion pada tahun sebelumnya,” katanya ketika menjawab soalan lisan semasa sesi Dewan Rakyat hari ini.

Eksport termasuk minyak sawit dan produk-produk berkaitan, kimia dan produk kimia, peralatan berat serta barangan elektrik dan elektronik.

Katanya, di antara negara-negara OIC tersebut, hampir 70 peratus daripada eksport Malaysia pergi ke Emirates Arab Bersatu, Turki, Bangladesh dan Pakistan dengan pelbagai usaha dijalankan untuk meningkatkan hubungan baik dalam perdagangan.

Menurut Ahmad, ketika ini OIC merupakan rakan dagang kelima terbesar yang merangkumi keseluruhan dagangan sebanyak RM1.48 trilion pada 2016.- MalaysiaGazette