Arsene Wenger

LONDON – Arsene Wenger dilaporkan akan mengumumkan masa depan dengan Arsenal selepas perlawanan dengan Manchester City Ahad ini.

Kontrak Pengurus Arsenal itu akan berakhir pada penghujung musim ini.

Bagaimananpun, masih belum pasti sama ada Wenger akan menyambung kontrak atau meninggalkan pasukan bimbingannya itu.

Pengurus kelahiran Perancis berusia 67 itu kini berada dalam tekanan daripada penyokong Gunners selepas melalui musim yang tidak menentu.

Seperti tahun-tahun lepas, Arsenal masih gagal bersaing dalam perebutan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

Kali terakhir Arsenal menjuarai EPL ialah 13 tahun lalu.

Kini, satu-satunya peluang Arsenal untuk menjulang trofi ialah Piala Emirates FA.

Sejak akhir-akhir ini Wenger berdepan kritikan selepas kalah kepada West Bromwich Albions, Liverpool dan Chelsea. – MalaysiaGazette