Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Parti Kompunen Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 MAC 2017.

KUALA LUMPUR – Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menyambut baik keputusan tidak ada wakil kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) di Dewan Rakyat.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, keputusan yang diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak itu benar-benar mengikut konsensus bersama dengan parti-parti komponen.

“PM sudah jelas itu merupakan keputusan konsensus yang kita harus hormati,” katanya mengulas ringkas berhubung pengumuman itu.

Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menegaskan beliau bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri itu yang telah membuat keputusan baik dalam menjaga parti-parti komponen.

“Kita menyokong keputusan yang dibuat Perdana Menteri kerana ia mengambil kira konsensus terhadap parti-parti komponen.

“Ini bermakna BN tidak akan membawakan usul berkenaan ke Parlimen. Kita sememangnya amat bertegas dalam perkara ini,” katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Parti Kompunen Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 MAC 2017.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Parti Kompunen Barisan Nasional di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 MAC 2017.

Najib sebentar tadi mengumumkan keputusan BN tidak akan membentangkan RUU 355 ke Parlimen pada sesi Sidang Dewan Rakyat minggu depan.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung di Menara Dato’ Onn di sini, yang bermula kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Keputusan itu dibuat selaras dengan amalan BN yang akan membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen. – MalaysiaGazette