Ahmad Maslan diiringi Radzif Mohd Yunus (kanan) melakukan gimik Pelancaran SME Bank Xcess 2017 di Hotel Pullman, Bangsar, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 29 MAC 2017.

KUALA LUMPUR – Hampir 1,500 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat akses kepada program pembiayaan dan pembangunan kapasiti menerusi program SME Bank XCESS 2017.

Pengarah Urusan Kumpulan, SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, XCESS 2017 adalah sebahagian daripada usaha pihaknya dalam melaksanakan SME Start-Up dan Tahun Promosi.

“Pelaksanaan tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pengumuman Bajet 2017.

“Untuk XCESS 2017, kami telah menyediakan seramai 50 orang pegawai kredit yang pakar dalam bidang pembiayaan yang ditawarkan oleh SME Bank.

“Secara keseluruhan, 700 sesi perundingan bersemuka telah diadakan pada SME Bank XCESS 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran SME Bank XCESS di sini semalam.

Majllis tersebut dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Datuk Ahmad Maslan.

SME Bank XCESS dan pelbagai program outreach telah terbukti berkesan apabila SME Bank berjaya meluluskan pembiayaan berjumlah hampir RM1 bilion pada tahun 2016.

SME Bank XCESS 2017 merupakan acara tahunan yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk usahawan mendapat bantuan secara langsung bagi keperluan pembiayaan mereka. – MalaysiaGazette