Friday, April 19, 2024
Home Seni Hidup Bercerai: Saya reda ketentuan Tuhan – Vida

Bercerai: Saya reda ketentuan Tuhan – Vida

Datuk Seri Vida
Datuk Seri Vida

KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman berharap kemelut rumahtangga akan menemui jalan penyelesaian tidak lama lagi.

Beliau yang popular dengan panggilan Dr Vida yakin Tuhan akan mempermudahkan urusannya dan reda dengan apa jua ketentuan Allah.

Cuma buat masa sekarang, beliau memohon orang ramai memberi dirinya sedikit ruang kepadanya buat sementara waktu sebagai tempoh bertenang.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. Saya mohon agar orang ramai beri sedikit ruang kepada saya buat sementara waktu.

“Buat masa ini lebih baik saya berdiam diri agar dapat dapat menenangkan keadaan kerana bimbang akan mengeruhkan masalah.

“Insya Allah, saya yakin Tuhan akan mempermudahkan urusan saya dan kemelut itu akan berakhir tidak lama lagi,” kata ahli perniagan berusia 46 tahun itu ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini malam tadi.

17629995_1512651102078548_1272228870242166597_n

Vida diminta mengulas tentang laporan beliau  dalam proses untuk bercerai dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin.

Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014 yang juga perkahwinan ketiganya. – MalaysiaGazette