Felcra

KUALA LUMPUR –  Felcra Berhad menyatakan minat untuk mengadakan kerjasama dengan syarikat penternakan, CAB Cakaran Corp. Bhd.

Dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia, CAB Cakaran berkata, ia dengan Felcra Food Industries Sdn. Bhd. meneliti surat hasrat 7 April lalu dan bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam bidang perniagaan pertanian dan akuakultur.

“Syarikat akan membuat pengumuman apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan rasmi di dalam perkara ini,” katanya.- MalaysiaGazette