Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd. Ariff Sabri ketika berucap semasa sesi perbahasan olok-olok RUU355 sesama wakil rakyat Pakatan Harapan di Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR– Pihak berkuasa perlu tangkap Mufti Pahang dan penjara kerana telah mengkafirkan orang Islam sebelum ini.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd. Ariff Sabri mendakwa Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman perlu rasa masuk penjara kerana kesalahannya.

“Tangkap mufti pahang kerana tuduh orang kafir. Saya diberitahu dia (Abdul Rahman) bila time raya Cina dia menyorok takut orang (Cina) tanya,” ujarnya semasa sesi perbahasan olok-olok Rang Undang-Undang 355 (RUU355) di sini malam tadi.

Mohd. Ariff yang juga bekas ahli UMNO dan kini wakil rakyat Melayu daripada DAP itu juga mengecam Pas kini yang suka mengkafirkan orang berhubung RUU355.

Beliau juga menyifatkan masyarakat Cina juga tidak suka kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbanding dengan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Abdul Hadi, katanya, tidak disukai kerana sering berubah termasuk memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.

Beliau juga mempersoalkan jika diluluskan RUU355 adakah ia dapat menangani masalah moral dalam kalangan umat Islam sekiranya keadilan sosial lain tidak dilakukan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga kesal apabila ada pihak menuduh pembangkang dalam kalangan muslim tidak beriman kerana menentang tindakan menangguhkan perbahasan RUU355 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau juga menyifatkan pihak yang menuduh sedemikian sebenarnya mereka yang tidak pandai berbahas dengan mereka. – MalaysiaGazette