Charlie Murphy

NEW YORK – Pelawak Amerika Syarikat Charlie Murphy, abang pelakon Eddie Murphy, meninggal dunia akibat leukemia.

Beliau berusia 57 tahun.

Laman web TMZ memetik pengurus beliau sebagai berkata, Charlie meninggal dunia pada pada pagi Rabu di hospital di New York.

Murphy yang membintangi siri komedi bersama Dave Chappelle turut berlakon dalam filem Jungle Fever, Night at the Museum and Lottery Ticket.

Beliau juga adalah penulis bersama dan muncul dalam beberapa filem adiknya.

Dalam satu kenyataan kepada Hollywood Reporter, keluarga Murphy berkata, keluarga itu telah kehilangan anak, abang, bapa, bapa saudara dan rakan.

“Charlie memenuhi keluarga kami dengan kasih sayang dan gelak ketawa dan tidak akan menjadi hari yang berlalu dengan kehadiran beliau. Terima kasih kerana ucapan takziah dan doa,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette