KUALA LUMPUR – Kehilangan ahli keluarga tersayang merupakan dugaan paling hebat untuk berdepan hari-hari mendatang.

Penyanyi Nora Ariffin antara insan yang paling terkesan selepas kehilangan suami, Johan Nawawi sebulan yang lalu kerana serangan jantung.

Wanita berusia 43 tahun dan ibu kepada empat anak itu sering berkongsi perasaannya di laman sosail Instagram miliknya.

Semalam, Nora memuatnaik kenangan gambar bersama arwah suami dan berkongsi lagi perasaannya ketika ini.

“Dah hampir sebulan, I dan anak-anak sudah redha dengan pemergian abang, kami yakin abang ke tempat yang lebih baik dan sedang tenang di sana bersama para solihin & dicucuri rahmat keatas roh abang. I nak jumpa abang lagi. Al- Fatihah JOHAN NAWAWI 1966-2017,” tulisnya.

Pelantun lagu popular Sandiwara itu turut mengucapkan terima kasih buat semua yang telah banyak memberikan sokongan dan doa serta ucapan semangat kepadanya dalam meniti hari sebagai ibu tunggal.

“MasyaAllah terima kasih Nora ucapkan buat semua yang sangat memahami, memberi kata-kata dorongan & doa untuk saya terus kuat & pulih semangat saya.

“Yes, saya akan terus menulis, sebab sekarang ni memang ini salah satu cara yang menenangkan saya. Allah knows. Kalau arwah masih hidup pun, dia akan support benda yang elok. Tq everyone.

“Allahuakbar semalam jam 1.30 pagi terjaga dari tidur. Alhamdulilah kali ke 3, bermimpi abang, kali ni abang tengah drive kereta. I tengah baca artikel pasal minum air coke & hisap rokok,…amat bahaya….I dok cakap, kenapa la orang buat jugak ye?? dok borak2, tapi suara abang tak clear then terjaga. I senyum sorang.

“Tq Allah dapat mimpi sekejap pun sudah memadai. Semoga abang datang lagi dalam mimpi,” coretnya menahan rindu buat allahyarham Johan, 53. – MalaysiaGazette