Gambar DetikCom

KUALA LUMPUR – Pelakon Khaeryll Benjamin atau lebih dikenali sebagai Benjy diberkas bersama dua paket syabu yang disorokkan dalam duburnya oleh pihak berkuasa Indonesia.

Menurut laporan portal Detikcom, anak Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan sejurus mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.

Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah berkata, Benjy tiba di lapangan terbang berkenaan menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya.

“Setelah dilakukan pemeriksaan, ditemukan dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya.

“Suspek mengaku membeli syabu daripada seseorang di Kuala Lumpur. Suspek juga pernah didakwa kerana kes sama (dadah) di Malaysia sebanyak empat kali sekitar 2015,”katanya.

Menurut portal berkenaan, Benjy kini ditahan untuk siasatan lanjut di balai polis di sana.-MalaysiaGazette