Kongsi
CANNES, FRANCE - MAY 12: Us actress Julia Roberts attends the "Money Monster" premiere during the 69th annual Cannes Film Festival at the Palais des Festivals on May 12, 2016 in Cannes, France. (Photo by Pascal Le Segretain/Getty Images)

LOS ANGELES РEdisi tahunan majalah People sekali lagi menobatkan aktres terkenal Hollywood, Julia Roberts sebagai Wanita Tercantik Dunia 2017.

Menurut E! Online, pelakon filem Pretty Woman mendapat penghargaan buat kali kelima sepanjang karier seninya.

Julia menerima gelaran wanita tercantik dunia kali pertama pada tahun 1991 dan ketika itu dia baharu sahaja berusia 23 tahun.

Julia turut menerima penghargaan sama untuk tiga lagi edisi tahunan majalah People iaitu pada 2000, 2005 dan 2010.

Edisi tahunan majalah People menamakan Julia Roberts sebagai Wanita Tercantik Dunia 2017.

Sementara itu, Julia berkata, dia berterima kasih dengan penghargaan namun tidak menjangkakannya.

“Saya terharu,” katanya yang juga pernah memenangi trofi Aktres Terbaik pada 2000 menerusi lakonannya dalam filem Erin Brockovich.

Julia yang berkahwin dengan Danny Moder mempunyai tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar, Phinnaeus dan Hazel, 12, dan Henry berusia 9 tahun. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan