Basuki Tjahaja Purnama.

JAKARTA – Pendakwa Raya Indonesia mahu bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, dipenjara selama satu tahun atas tuduhan menghina al-Quran.

“Kami menuntut hakim untuk menjatuhkan hukuman satu tahun penjara terhadap defendan kerana menyebabkan kebencian dan penghinaan terhadap sebahagian rakyat Indonesia.

“Kami turut mencadangkan tambahan dua tahun untuk pemantauan akhlak” kata Ketua pendakwa Ali Mukartono yang membawa maksud jika Purnama mengulangi kesalahan sama dalam tempoh itu, beliau boleh dipenjara.

Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok didakwa kerana menghina al-Quran dalam kenyataannya terhadap pesaingnya dengan menggunakan al-Quran dalam kempen politik dalam pilihan raya Gabenor Jakarta.

Kenyataan Ahok itu mencetuskan kemarahan orang Islam yang mendesak Indonesia memenjarakannya. – MalaysiaGazette