Kongsi

KUALA LUMPUR – Makin bersemangat Datuk Siti Nurhaliza dengan hobi berbasikal sejak kebelakangan ini.

Selepas mendapat hadiah kejutan istimewa dari pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang, penyanyi popular kini merancang untuk mengadakan program khas berbasikal ‘Fun Ride’ bersama ‘The Pocket Rocketman’ itu.

Siti berkongsi harapan besarnya itu menerusi akaun Instagramnya.

“Saya berbesar hati dan teruja untuk Fun- Ride bersama #thepocketman…Sitizones! Bersiap-sedia,” katanya.

Baru-baru ini, Siti yang kini aktif berbasikal bersama suami dan anak-anak itu dihadiahkan sepasang sarung tangan dari jaguh pelumba negara atau nama sebenarnya Mohd Azizulhasni Awang, 29.

Sarung tangan itu pernah digunakan oleh Azizulhasni semasa di Sukan Olimpik.

Azizulhasni juga turut merakam detik istimewa ketika pemberian hadiah itu kepada Siti.

“Ia adalah satu penghormatan dapat bertemu Dato @CTDK petang ini. Ia sentiasa bagus dapat bertemu kamu Datuk. Sarung tangan basikal dari saya untuk Datuk itu adalah satu kejutan.

“Kepada peminat CTDK dan Kumpulan Azizul, tunggu maklumat terbaru kerana kami sedang merancang untuk Fun-Ride bersama peminat tidak lama lagi.

“Saya berharap Datuk dan suami kekal aktif berbasikal dan memberi inspirasi kepada rakyat negara ini mengamalkan kehidupan sihat,” katanya dalam akaun Instagram miliknya.

Minggu lalu, Azizulhasni mencipta kejutan apabila menjuarai acara Keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong dan seterusnya bercita-cita menggondol pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Tokyo. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan