OKINAWA – Amerika Syarikat (AS) telah mengerahkan sebuah ‘pesawat penghidu’ untuk mengesan zarah nuklear di ruang udara Korea Utara.

Pesawat khas tentera AS, WC-135 Constant Phoenix, muncul di ruang udara Laut Jepun semalam.

Pesawat tersebut tiba di Pangkalan Udara Kadena di Okinawa, Jepun dua minggu lalu ketika hubungan tegang dengan Korea Utara berhubung kemungkinan negara itu melakukan ujian nuklear keenam.

Pesawat penghidu nuklear itu digunakan untuk mengenalpasti sisa radioaktif selepas ujian senjata nuklear dilakukan, lapor The Sun.

Sama ada penerbangan terbaharu itu merupakan latihan siap siaga operasi ataupun percubaan untuk menentukan sama ada regim terpencil tersebut sedang menguji senjata nuklearnya masih tidak jelas.

Tapak ujian nuklear Punggye-ri dilaporkan sudah ‘bersedia’ untuk melakukan ujian nuklear sekali lagi.

Sumber kerajaan memberitahu agensi berita Korea Selatan bahawa Constant Phoenix melakukan ‘serangan kecemasan’ di Laut Timur dengan misi mengesan sampel nuklear bagi mengenalpasti letupan nuklear yang telah berlaku.

The plane had previously been deployed to Europe in February where it landed at a UK air base in Surrey before travelling over Norway.

Pada Februari lalu, pesawat tersebut ditempatkan di Eropah iaitu di pangkalan udara di Surrey, United Kingdom sebelum terbang ke Norway. – Agensi