KUALA LUMPUR – Malindo Air menerima sijil keahlian Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, sebagai sebuah syarikat penerbangan premium, keahlian IATA akan menjana lebih nilai kepada mereka.

“Kami akan terus berusaha untuk mencapai standard penerbangan antarabangsa dan kami berharap dapat meninggikan lagi kedudukan kami bersama-sama dengan rakan-rakan kongsi di dalam industri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum diterima sebagai ahli IATA, Malindo Air pernah menerima sijil Audit Keselamatan Operasi IATA. – MalaysiaGazette