Kongsi

KUALA LUMPUR – Polis Selangor menubuhkan sebuah pasukan khas dalam usaha memburu pelajar sekolah terlibat dalam kumpulan kongsi gelap, Geng 24, susulan tular video kekecohan yang dicetuskan di Klang baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad memberitahu, setakat ini seramai 18 individu ditahan dan direman untuk membantu siasatan berhubung kekecohan tersebut.

“Kami tahan 13 pelajar dari sekolah di kawasan sekitar dan lima remaja yang bekerja sebagai mekanik dan pengawal keselamatan.

“Kami sudah reman mereka semua empat hari untuk bantu siasatan,” kata Fadzil yang dipetik semasa ditemui media hari ini.

Dalam video berdurasi 1.14 minit yang tular itu, sekumpulan remaja membuat kekecohan dengan menjerit dan memulas enjin motosikal di depan kawasan sekolah.

Selain itu, video tersebut memaparkan beberapa remaja memotong kek tertera simbol “24”, “SMK Sri Andalas” dan “Apache” diatasnya, disamping kain rentang yang turut dibawa. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan