KUALA LUMPUR – Pelakon Ummi Nazeera akan bergelar isteri kepada tunangnya yang dikenali Dr. Izzar pada 3 Ogos ini.

Ummi, 27, mengumumkan tarikh majlis pernikahannya itu secara langsung di laman sosial Intasgram miliknya, sebentar tadi.

Ummi Nazeera mengumumkan tarikh perkahwinannya melalui laman sosial media Instragramnya. foto ADIB AIMAN ROSLI, 21 APRIL 2017
Ummi Nazeera mengumumkan tarikh perkahwinannya melalui laman sosial media Instragramnya. foto ADIB AIMAN ROSLI, 21 APRIL 2017

Pada masa sama, Ummi turut menjawab beberapa soalan secara spontan dengan pengikutnya berkaitan hari bahagianya itu.

“Saya dan Dr Izzar akan bernikah pada 3 Ogos dan majlis itu akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

“Majlis resepsi sebelah Ummi akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 5 Ogos dan 12 Ogos.  Kad jemputan akan mula diedarkan pada bulan Jun kelak.

“Saya berdoa agar semua urusan yang dirancang berlangsung dengan lancar dan dimudahkan Illahi,” katanya penuh teruja.

Pada 11 Disember tahun lalu, Ummi mengejutkan peminat apabila melangsungkan pertunangan dengan Mr. I, yang berusia 30 tahun pada sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya.

Pasangan itu diperkenalkan oleh ibu pemuda itu pada 29 Januari 2016 dan mengakui tertarik dengan Mr. I kerana dia berani menyahut pelawaan datang ke rumah untuk bertemu dengan ibunya, Datuk Seri Maziah Musa. – MalaysiaGazette