Reaksi ceria Adam Rosly ketika diiringi anggota keselamatan sebaik keluar dari Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah hari ini membuat satu kenyataan menafikan dakwaan beliau terlibat dalam dakwaan rasuah.

Kenyataan itu dibuat Adam hari ini sejurus selepas dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskannya dengan ikat jamin RM300,000.

“Saya ulangi, saya tidak dikaitkan dengan rasuah! Segala pertuduhan akan dijawab mengikut proses undang-undang.
“Saya juga ucap terima kasih kepada semua yang membantu dalam tempoh 3 jam untuk bayar jaminan RM300,000,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

adam rosly fb

Adam, 30, didakwa mengemukakan empat dokumen palsu dan memberi dua keterangan palsu ketika percakapannya dirakamkan oleh pegawai SPRM di ibu pejabat Putrajaya pada 22 Februari lalu.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Kedua-dua kesalahan itu boleh membawa hukuman denda sehingga RM3 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun.

Semalam, Adam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 6 pertuduhan memberi keterangan palsu kepada pihak berkuasa. -MalaysiaGazette.

Pemilik ‘Disneyland Ampang’ tercicir RM5,000 wang ikat jamin [VIDEO]